Wednesday, March 31, 2010

perkahwinan muda

Bagi saya, perkahwinan muda adalah satu aktiviti yang tidak sihat pada remaja zaman sekarang di singapura. Mereka berkahwin muda kerana mereka sudah terlanjur dan ingin menutup malu. Remaja sekarang juga ingin berkahwin muda kerana mereka ingin mengelakkan perzinahan. Bagi saya, mereka belum sedia untuk berkahwin kerana, fikiran mereka belum matang seperti seorang dewasa. Mereka juga belum tentu tahu bagaimana hendak melayan sang suami, memasak dan juga membuat kerja rumah. Jika pasangan suami isteri itu mempunyai anak, mereka belum tentu dapat menjaga anak mereka dengan betul. Menjaga anak adalah paling penting di rumahtangga, jika mereka tidak ada kesabaran untuk menjaga anak, anak mereka akan terbiar begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment